CAMERON HIGHLAND 2DAY 1NIGHT (DAY 1)


Trip ke Cameron Highland ni di plan time I stay di Putrajaya selama 2 bulan untuk jaga adik2 I yang masih bersekolah and masa tu abah dan ummi I tade sebab both of them pergi menunaikan haji. Lagi pun time tu cuti sekolah dan abah dan ummi I ada bagi duit belanja untuk kami.

So, I pun buat lah kira2 samada cukup atau tak nak pergi Cameron Highland dengan duit belanja ni? Alhamdulillah cukup dan ada lebih. Yela, sbb sebenarnya trip ke Cameron Highland ni tade dalam list expenses duit tu. πŸ˜‰
.
Actually, I planning banyak tempat yang nak pergi dekat Cameron tu. Tapi disebabkan 2 hari sahaja yang kami rancang, so mmg ta sempat la. Lagi2 bila banyak ambil gambar dengan bawak adk2 yg nak gamba smart2, kene tggu je lah. HuHu πŸ˜…
.
Oke. Ceritanya, mula2 kami sampai Cameron Highland dalam pukul 3pm, kami terus check in di SilverStar Hotel. Hotel ni I dapat dari agoda.com dengan harga RM216 untuk 5 orang Dewasa dan seorang bayi.

Sejujurnya, I tak sangka bilik yang I dapat sangat selesa. Tambahan pulak dengan harga yang murah dan lokasi berdekatan dengan food court, restoran, kedai runcit, stesen minyak, kedai baju & masjid. I betul2 terkejut dan sangat berpuas hati dengan bilik hotel tu.

Service dia pon oke. Act kitorang punya water heater problem sikit. So kami panggil staff dia untuk betulkan dan diorang buat dengan cepat. Alhamdulillah.
Papan Tanda Hotel

Ruang di hadapan pintu masuk

Ruang di bahagian dalam
*Langsir dia cantik & sesuai buat background bila nak bergambar.


Lepas check in hotel, kami pergi makan dekat restoran thai. Restoran tu dekat belakang hotel kami and kami jalan kaki untuk nak ke restoran tu. Nama restoran tu Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Kami makan lauk biasa2 je, tom yam campur, daging paprik, telur dadar & sup kosong. Semuanya untuk 2 orang makan. 
.
Air plak yang panas2 lah kn? Tanak minum air sejuk time kat Cameron Highland. Lagi2 time tu tengah hujan. Aryan pulak asyik nak tidur je bila sampai Cameron Highland. Sedap tidur time sejuk2. HaHa. So, total harga semuanya adalah RM85. Amacam, mahal ke murah? 




Habis je makan, kami solat dekat Masjid Kayangan Brinchang. Setiap waktu solat, kami akan solat di masjid tu. Lagi pun I lupa nak bawak telekung untuk buat solat kat hotel. Tapi nasib baik masjid dekat. HiHi 😁 Masjid dia besar dan selesa dan sentiasa sejuk.
.
Selesai solat, kami bergerak ke lokasi pertama iaitu Big Red Strawberry Farm. Tempat ni terletak di belakang cactus farm. So memang ta nampak dari luar cactus farm tu. Kene masuk cactus farm dan terus kebelakang. Nanti akan nampak lah Big Red Strawberry Farm.

Semuanya sedap
Batu tanda



Adik2 ku
Bunga2an
Tempat pertanian salad


Dah habis round2 Big Red Strawberry Farm, kami pun balik hotel untuk bersihkan diri dan bersiap untuk solat maghrib jamak dengan isyak. Lepas dah siap solat, kami pergi ke Cameron Square Mall sebab bila malam kan semua tempat dah tutup dan trip kami ni hari ahad dan hari isnin. So, ta dapat nak pergi pasar malam brinchang yang bukak pada hari jumaat dan sabtu.

Cameron Square Mall

Cameron Square Mall ni time malam ta banyak kedai yang bukak atau maybe kedai2 tu takde penyewa lagi. Yang ada kedai makan, muzium 3D dan ada pameran2 dekat lobby die. Bersebelahan dengan Cameron Square, ada Fun Fair kecil yang kecil. Ta banyak permainan pun dan kebanyakkannya permainan untuk kanak2. Ta sure tempat tu tutup pukul berapa.

Transformers pon ada dekat fun fair 
Selesai round2 dekat fun fair, kami pon balik ke hotel untuk berehat dan tidurπŸ˜ͺ

That all for 1st day trip di Cameron Highland. Baca entry CAMERON HIGHLAND 2DAY 1NIGHT (DAY 2) untuk sambungan k πŸ‘

TQTQπŸ’•

Comments

Popular Posts