PENGALAMAN MENGANDUNG (ALAHAN & RAGAM) #1STBABYMRSYAMMRSTIRA


Macam yang korang tahu, setiap orang yang mengandung ada pengalaman yang berbeza. Ada yang gaya macam ta mengandung sebab tade alahan. Kalau yang macam tu memang best la kan? Dengan ada jugak suami yang kene alahan. Kalau yang macam tu memamg I rasa kelakar but sweet. HuHuHu.

Besar ta baby bump I?

Pengalaman I pulak, mengandung untuk 1st Trimester adalah yang paling mencabar. Time nie alahan I banyak dan kuat. Banyak benda yang ta boleh makan dan bau. Even lepas bersalin pon alahan tu still ade. Tapi just tak terlalu kuat dan ta banyak sangat. Dalam 1 atau 2 alahan je yang still ada.

Antara alahan yang I ada time 1st Trimester:
  • Bau (minyak wangi, masakan, makanan, make up & badan suami)
  • Makanan ( Megi Samyang, Nasi goreng, Nasi putih)
  • Gosok gigi
So, apa yang I makan? I makan laksa, tomyam, sup2 untuk makanan harian. Means makanan yang berkuah. Yang kerap I mengidam nak makan adalah Boat Noodle. Boleh dikatakan setiap minggu I akan makan Boat Noodle. Lepas tu, sepanjang 1st Trimester, I langsung ta masak 😁 #heaven

Kat Boat Noodle

Kalau ada yang ta kena dengan makanan atau bau pulak, I confirm akan rasa loya, pening kepala and kekadang tu boleh muntah. Makan ubat pun rasa nak muntah, Sebab tu rasa malas sangat nak makan ubat. Lagi2 ubat dari KK(Klinik Kesihatan).

I juga sangat ta suka nak bermake up. Bau bedak kompak ta boleh. Lipstik pon ta boleh. Kiranya 1st trimester tu muka pucat sangat la kalau keluar. Maybe sebab alahan yang banyak, I rasa ta semangat nak melawa. Nasib muka ta bermasalah. Anyway jangan risau sangat. Muka orang mengandungkan berseri 👸

I Sebenarnya start pregnant time berapa hari lagi nak puasa. Jadi masa puasa, I ta dapat nak puasa penuh. I just dapat puasa sehari sahaja. Lagi pun Hemoglobin Blood (HB) I rendah. I kene makan makanan yang seimbang dan kene makan ubat. So I fikir2, sebaiknya I tayah puasa demi kesihatan I dan baby.

Mula2 I punya check up appt di KK dalam sebulan sekali. Tapi disebabkan I punya HB rendah sangat, I kene datang KK seminggu sekali. Dan I kene jumpa pakar pemakanan untuk belajar cara pemakanan yang betul.

I ada makan ubat untuk naikkan HB. Mula2 nurse bagi ubat dari klinik. Ada tiga jenis ubat, Folic Acid, Iron, & Ascorbic Acid (Vitamin). Tapi I ta pernah habis makan ubat2 dari klinik. Sebabnya, bau ubat tu buat I pening. HaHaHa. Dah lah tiap kali check up, nurse tambah lagi ubat2 tu. I pon ambil je laa. Tapi dekat rumah banyak lagi ubat2nya. 😋

Image result for folic acid klinik kesihatan
Folid Acid (Gambar Google)

Iron

Vitamin

Lepas tu ada sekali doktor bagi cadangan untuk beli ubat di farmasi sebab ubat tu lagi mudah nak makan dan semuanya ada dalam satu pil. Nama ubat tu Iberet Folic. So ta perlu nak ambil 3 pil macam ubat KK. Then sejak dari tu, I continue beli ubat Iberet Folic dekat farmasi dan makan ubat tu sebiji setiap hari. Lepas bersalin pun I still makan ubat nie sebab HB I still low smpai sekarang.

And act abah dan kakak2 I ada penyakit HB Low nie. Abah I pon ada ambil ubat yang sama. Tapi I pernah tanya doktor kalau2 penyakit nie disebabkan keturunan ke? Then doktor jawab, bukan. And doktor cakap sebelum I pregnant sebenarnya I punya HB stable.

Iberet Folic
Mostly bila ada HB nie nurse akan suruh kita makan makanan yang boleh naik kan HB. Contohnya macam daging, kerang, bayam merah dengan jambu batu. Daging selalunya I beli daging tomyam. Kerang dan bayam plak I buat rebus cicah sambal belacan. Jambu batu sentiasa ada stok kat rumah.

Luckily I makan semua tu and I suka sangat. Lagi2 jambu batu. Sebabnya nanti lepas bersalin I ta boleh makan selama 2 tahun. So sekarang ni tade lah teringin sangat nak makan jambu batu. Rasa jambu batu tu pun macam still melekat di tekak. HaHaHa😄

Bila masuk 2nd Trimester pulak, Alhamdulillah alahan dah makin berkurang. Time nie nasi goreng dah boleh makan. Start je boleh makan nasi goreng, memang nak makan nasi goreng je setiap hari. Kekadang je la I makan makanan bersup. Nasi goreng yang I suka, nasi goreng kampung pedas😍


Bab perut pulak, perut semakin membesar. So mula lah sakit belakang dan badan. Bila tidur atas katil, kene alas toto. Tilam katil pulak spring, terasa keras tidur atas tilam tu. Padahal sebelum nie oke je. Duduk pulak ta boleh duduk kalau tade letak bantal kecik kat belakang. Kalau ta letak, nanti pinggang rasa lenguh sangat.

Perut untuk 2nd Trimester

I juga kerap kena kencing ta lawas. Sebelum dapat tahu mengandung pun, I ada jugak kena. So ubat tu dah ada dekat rumah la. Setiap kali sakit je, cepat2 minum ubat. Supaya ta lagi teruk. Yang best nya, I tada kene sembelit. Alhamdulillah😊 Tapi sorry, I tade petua cmne tanak sembelit. Rezeki I lah kot.

Image result for ural
Ubat untuk kencing ta lawas
Masuk 3rd Trimester, keadaan I dah agak normal. I dah boleh makan nasi dengan lauk. Tapi mula2 I makan sikit2 je dulu. Dah yakin oke, baru boleh makan banyak. Tapi meggi Samyang sampai sekarang ta boleh. Maybe sebab bau dia yang kuat.

Perut 3rd Trimester

Alahan berus gigi pun dah oke. Boleh berus dengan normal. HeHeHe. Masak pon dah boleh jugak. 1st makanan yang I masak, nasi goreng. Tapi kalau husband I yang masak, I ta boleh bau. I kene masuk dalam bilik tutup pintu. #macammacamkerenah

Sayur Bayam Rebus, Nasi Goreng Sambal Belacan 
Sakit badan dengan pinggang pun makin kuat. Kalau berjalan, ta boleh lama2. Berdiri lama2 pon ta boleh. Lepastu selalu lapar. Macam2 nak makan. Seriusly time mengandung best sangat. Suami layan I sebaik2nya. Apa yang I nak, dia usaha dapatkan. Alhamdulillah.

I sebenarnya siap ada buat checklist mengidam k 😉 Lepas tu saja post dekat IG bagi husband baca. HeHeHe. Ada 2 benda je yang I ta dapat, Sukiya dengan Cameron Highland. Tapi lepas bersalin I completekan list ni semua 😚

Add caption
Bila dah masuk 3rd Trimester, I pun rajin lah bersenam sikit2. Adalah jalan2 kat taman time pergi rumah abah. Lagi pun abah dengan umie memang rajin berjogging. Walaupun perut besar sangat dah, I tetap berusaha berjalan untuk memudahkan I bersalin.

Welfie
That all I think. Happy reading🙋
TQTQ💕

Comments

Popular Posts