SAMBUTAN HARI JADI DAN AQIQAH #1STBABYMRSYAMMRSTIRA (LOKASI & MENU)

Invitation Card
Ini adalah event yang kedua I dan husband buat. 1st event is our wedding reception. So sambutan event ni kami invite dalam 200 orang. Jemputan kami antaranya ialah kawan2, family dan saudara mara terdekat. 


Kami sewa homestay sebagai lokasi event. Sebabnya mudah untuk kitorang nak angkut barang dan Aryan pon boleh tidur dalam bilik. Homestay yang kami sewa tu, ada ruang yang luas kat belah luar. So, boleh la bakar kambing.

Bahagian Luar Rumah

Homestay ni kami jumpa kat mudah.my. Kami sewa 2 malam. Harga untuk 2 malam RM500. Tapi yang ni harga weekend. Kalau weekday RM200 semalam.

Rozis Homestay Batu Muda Tambahan

Ruang tamu Rozis Homestay agak luas. Dalam 11/2 besar court badminton. Tapi ruang dapur dia sangat kecik. So ta berapa sesuai nak masak banyak2.

Ruang Tamu

Kat Rozis homestay ada 2 bilik berair-cond dan 1 bilik air. Tilam dan toto pon ada lebih. Just kekurangan bantal sahaja.


Rozis homestay sebenarnya ada penyewa tetap di tingkat atas dan belakang rumah homestay. Tapi jangan risau sebab penyewa2 kat situ bagi kerjasama yang baik time kami buat event.


Kalau bab parking tu susah sikit. Even ada tanah load, tapi ada rumput2 tinggi kat depan homestay tu. Maybe kalau 4-5 buah kereta boleh lah kot.

Tanah load kat depan homestay

Owner Rozis Homestay plak duduk dekat sebelah homestay je. So senang kita nak minta apa2 kalau ada ape2 barang yang kita perlukan. Sangat2 senang berurusan dengan owner.


Untuk hidangan makanan, menu utama kami  adalah bihun sup, nasi goreng & kambing bakar. Bihun sup dimasak oleh kakak ipar I. Nasi goreng pulak kami tempah dengan orang luar. Nasi goreng kami tempah untuk 100pax. Harga untuk 100pax adalah RM150.


Kambing bakar husband I yang cari. Dia order dekat Kambing Aqiqah Murah RM600. Harga yang kami bayar RM1200 untuk seekor kambing, siap dengan tukang bakar kambing, ada kentang putar, coslow dan kuah black paper.

Whatsapp detail owner kambing bakar

Selain menu utama, I ada juga sediakan makanan2 lain. Macam cupcake, brownies, aiskrim malaysia, gula2, kerepek, nugget, biskut, pulut kuning, rendang, kuih muih dan buah rambutan.


Cupcake dan brownies I tempah dari Kak Awin. Boleh tengok koleksi cupcake dan brownies kat ig Kak Awin the._sweet_room atau whatsapp 0172044336. Harga cupcake RM40 16pcs dan brownies RM45, saiz 10"inch. Harga ni ta masuk delivery. Lagi pun I ambik sendiri dekat Kota Damansara.




Aiskrim malaysia, I order dekat kakak ipar I. 1 batang aiskrim 30sen. Ada macam2 perisa. Yang paling special aiskrim macam paddle pop. Kreatif sangat dan rasa dia sedap. Memang puas hati. Love my in laws 💕

Pulut kuning, rendang tu kakak ipar I yang buatkan. Buah rambutan tu pulak dia bawak dari kampung. Kuih muih tu ummi I sponsor. Beli dari kawan dia. Memang sedap kuih2 dia. Time akak I bertunang pun ummi sponsor kuih yang sama 👍


Kek Hari Jadi Aryan I tempah di uliulicakes. Design kek tu I cari di pinterest. Harga kek RM130 untuk 1kg ta termasuk delivery. Tapi I ambik sendiri dekat Taman Zooview belakang Zoo Negara.

Simple design

Itu je pasal tempat dan makanan sambutan hari jadi dan aqiqah Aryan. Nanti I share untuk doorgift dan decoration.

TQTQ💖

Comments

Popular Posts